bulan puasa

Posted in liku liku hidup on Ogos 24, 2011 by huhu2

huhu..!

lama sudah xupdate blog nie.. bukan xde masa.. tp kekadang tu macam malas nak menaip… tp xpe ari nie aku luangkan skit masa yang ada..  aku rasa bnyak cite yang nak dicitekan kat dalam nie,tp xtau nak start yang mana dulu.. maybe lpas nie kot baru aku ready bercerita perkara yang lpas2 sehingga ke bulan posa nie..

klau dulu time bulan posa nie yang aku tggu.. sbbnya leh main meriam.. kdang2 macam nak main gak.. tp memandangkan dah lama xmain nie risau gak klau dah terjebak balik… hehe..!

ape yang aku inginkan sebelum nie tercapai.. akhirnya dapat gak aku menyertai pertandingan BMX SUPERCROSS yang diadakan di melaka.. xsilap aku dah beberapa race aku sertai.. bnyak gak pengalaman yang aku dapat.. tp yang penting sukan nie memerlukan fizikal dan mental yang kuat.. pernah satu race tu aku dah macam xde tenaga sbb sbelum tu aku sertai satu pertandingan hiking kat Jelebu,N9. esoknya race BMX.. mana xletihkan.. tp semangat tu masih kuat memandangkan  rakan2 yang lain bagi sokongan.. 🙂 thanks ya…! nak upload pic tp lupa pulak simpan kat fail mana.. xpe nanti akan diuploadkan..

tggu next cerita ok..! selamat berpuasa..!

Advertisements

peristiwa

Posted in liku liku hidup on April 1, 2011 by huhu2

sudah lama tidak menulis di blog ini.. banyak perkara yang perlu dibuat sehingga mengabaikan blog ni.. ini pun sbb ada ruang2 terbuka yang masih memberi ruang untuk aku menulis beberapa peristiwa yang aku alami selama beberapa bulan yang lepas.. hehe macam dasyat je cite nyer..

1st yang terbaru nie aku baru balik dari UNIVERSAL STUDIO SENTOSA. tmpat memang best macam2 permainan boleh dicuba.. tp untuk budak2 kecik tidak begitu bnyak permainan yang boleh dinaiki.. klau remaja inilah masanya mencuba beberapa roller coaster yang ada disana. terbaik..!

2nd aku dah bnyak termiss beberapa competition rc drift yang sebati dengan jiwa aku.. ingatkan tahun nie nak masuk semua comp tp apa kan daya ada je masalah ataupun bnda lain yang perlu aku settelkan dulu.. nasib baik skrang ada member nak join aku main rc nie kat cni.. klau x bosan gak nak training sorang2… tggu kemunculan aku yang terbaru.. huhu..!

3rd. aku memang suka bidang bmx nie. tp yang menjadi jurang pemisah adalah susah mendapat kawan yang berminat sama dengan sukan ini. terbaru nie aku terperasan setelah suka2 membuat search di google. yup..! pertandingan sukan bmx cross.. terus menarik minat aku tuk menyertai pertandingan ini. tp macam mana syarat2 nya pun lum dapat aku pastikan.. lokasi tempat pertandingan  Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. jauh gak kalau aku yang dari johor nie..! hehe.. xpe akan diusahakan..

Grand Turismo 5 Asia Tournament 2010

Posted in hobi & koleksi on Januari 11, 2011 by huhu2

Grand Turismo 5 Asia Tournament 2010

HADIAH2 YANG MENANTI PEMENANG..!

Tarikh : 8/1/2011-9/1/2011

Masa : 2 ptg

Tempat : Danga City Mall @ Concourse

Trek : Rome circuit

wow..! tu je perkataan aku nak sampaikan bile aku ternampak iklan mengenai Grand Turismo 5 Asia Tournament 2010 nie..! yela dah lama aku mencari peluang2 klau ada competition cam nie.. akhirnya tanpa berlengah2 aku mendaftarkan diri..

mulanya rasa macam rase nak tngok jekk.. tp tangan dah gatal jgak nak pegang stereng.. akhirnya aku akur yang mende2 cam nie memang xleh aku lpaskan.. pertandingan bermula jam 2.00ptg.. untuk pendaftaran pula jam 11.00pg.. boleh plak bile aku nak daftar akulah orang pertama yang daftar.. ingat dah ramai yang daftar.. tp xpe itu aku xkisah.. tp bile nak start competition tu.. aku pulak orang pertama yang kene race.. pehh..! makin menggigil aku jadiknya.. mana ke tidak punya la ramai orang time tu… nak xnak aku kene truskan gak..

masa yang dibagi 3minit sahaja.. terdapat 3round tuk dihabiskan dalam tempoh 3minit tu.. masa yang terpantas dari 3round tu sahaja yang akan diambil..  macam biasa la training xde trus aku race. walaupun masa yang aku dapat pada masa tu 1:11:171 tp ada lagi orang laju lagi daipada aku.. dasyat btul! agaknya hari2 dia main PS3 ni.. walupun pada hari tu aku xmenang tp pengalaman pada hati tu yang membuatkan hidup aku bermakna..! heheh..!

nie antara gambar2 yang di ambil oleh paparazzi yang aku pun xperasan bile diorang snap..!

amacam ada brani xnak race?

paparan di screen tv..!

dari atas kepala pun jadik amik pic..!

dari kiri pula..!

antara peminat2 aku yang setia.! terima kasih semua..!

dari sudut yang berlainan..! terbaik..!

backpackers round 2 (part 3)

Posted in klik-klik travel & outdoor on Disember 10, 2010 by huhu2

last day

pada pagi nie kerja2 mengemas untuk balik giat dilakukan.. sarapan seperti biasa masih ada yang membantu untuk persediaan makanan.. semua berjalan dengan lancar..

Persiapan breakfast..!

walaupun pagi itu amat cerah, tp hujan turun dengan renyai2 berganti dengan lebat.. perjalan pada mulanya untuk balik pukul 9.00 pagi tergendala sehingga pukul 11.00pagi.. bila hujan dah reda tanpa berlengah2 kami semua mengemas peralatan dan juga barang2 yang belum sempat dikemas.. setelah selesai kami bertolak untuk membuat pendaftaran keluar dari Taman Negara Ledang.

final

untuk balik ke pitu gate B kami mengambil keputusan untuk menaiki kereta tumpang dengan kadar bayaran rm3 satu kepala.. jika tidak kami akan berjalan selama 30-45 berjalan kaki ke gate B seperti kami lakukan pada trip yang awal dahulu (part 1).

suasana dalam kerata.. masih ceria..!

tibanya kami dipintu gate B. keadaan menjadi menarik kerana kami terpaksa menunggu bas tambang yang akan akan kami lalu untuk turun di MUAR. dalam masa 20 minit barulah bas yang kami tunggu2 muncul.. nasib baik xlama sangat.. hehe..!

baru sampai tepi jalan depan gate B

5 minit pertama

10 minit kemudian...

akhirnya minit ke 20.. bas yang ditunggu tiba..

setelah menunggu bas selama 20minit perjalan kami diteruskan di perhentian seterusnya iaitu MUAR.. ! apabila tiba dimuar tanpa diduga bas untuk balik ke JOHOR telah habis dijual.. jika ada pun untuk 2-3 orang sahaja.. adus.. dugaan melanda kami lagi.. setelah berbincang kami ambil keputusan untuk menaiki bas tambang pergi ke BATU PAHAT.

laypark kat jambatan MUAR..! ada brani..! hehe

aksi2 sementara menuggu bas

setelah mendapat bas yang ditunggu kami meneruskan perjalanan kami menuju ke batu pahat.. ada diantara kami mengambil kesempatan untuk tidur sementara.. ada juga yang berborak2.. perjalan kami mengambil masa dalam 1jam untuk ke BATU PAHAT.. pada jam 4.30ptg kami tiba di destinasi seterusnya tanpa berlengah2 trus membeli tiket untuk balik ke JOHOR.. alhamdulillah masih ada lagi tiket untuk kami seramai 8orang untuk ke johor.. tp kami terpaksa menunggu lagi 1jam lagi kerana bas seterusnya akan bertolak pada pukul 5.30ptg..

menunggu saat bas tiba

setelah menunggu dengan penuh kesabaran bas tiba tepat jam 5.30pm. perjalanan ke jb pun bermula.. kami semua mengambil pluang untuk tido sementara sampai kedestinasi.. apabila hampir tiba di tol plus skudai tanpa kami duga bas yang kami naiki mengalami kerosakan gear.. hampir setengah jam kami terkandas di tol skudai.. perasaan kecewa amat jelas kepada sesetengah penumpang yang menaiki bas yang sama kami naiki..

kami terkandas di tol skudai

akhirnya kami mengambil keputusan untuk menumpang bas yang perjalanannya menuju ke JB.. nasib baik ada bas yang prihatin kepada kami..hehe..! akhirnya kami selamat tiba di JB dengan selamat.! hureyyy..! misi complete..!

tiba di stesen bas larkin..!

backpackers round 2 (part 2)

Posted in klik-klik travel & outdoor on November 21, 2010 by huhu2

2nd day

Dengan semangat dan azam yang kuat kami semua bangun awal pagi.. masing-masing membuat persediaan sarapan pagi dan ade juga membuat check list barang untuk dibawa bersama semasa mendaki.. sbb di TAMAN NEGARA LEDANG ini pendaki harus membuat check list peralatan yang dibawa..

SARAPAN PAGI KAMI

CHEF YANG BERTUGAS.. HUHU..! TERBAIK

Perjalan kami bermula pada jam 8.30pagi. sebelum mendaki kami telah diberi taklimat serba sedikit mengenai laluan yang akan kami tempuhi. seperti biasa jika mendaki disini anda akan diberi taklimat pendakian dan laluan trek.

LALUAN TREK MENDAKI YANG KAMI

Terdapat 8 checkpoint yang akan dilalui bila mendaki melaui Taman Negara Ledang.. setelah selesai taklimat kami memulakan pendaki kami dengan bacaan doa.. hehe.. cam biasa la minta selamat pergi dan pulang.. amin.

perjalan diteruskan dengan melalui TANGGA MAHLIGAI disini trek yang digunakan adalah laluan tangga.. sebelum sampai dihujung tangga salah seorang daripada geng baru backpacker telah mengalami sakit belakang. biasala orang baru 1st time naik gunung.. dengan azam yang teguh perjalan diteruskan juga.. walupun pada mulanya ingin berpatah balik..

INSAN YANG DIMAKSUDKAN.. HEHE

CP pertama adalah BUKIT SEMPUT. setelah mendaki beberapa minit kami tiba di CP1 ini. bukit ini amat mencabar bagi kami kerana memerlukan tenaga yang kuat diawal pendakian.. ada juga yang mengeluh tp ape leh buat kan, lambat kene tinggal.. haha..

CP1 BUKIT SEMPUT.. MASING2 LETIH

Setelah berehat beberapa minit kami meneruskan perjalanan kami sehingga kami tiba ke CP3. CP3 ini diberi nama BATU ORKID. pada masa ini keadaan cuaca amat baik.

CP3 BATU ORKID

Setelah mendapat tenaga dan rehat yang secukupnya kami teruskan pendakian kami ke CP5. semasa kami tiba disini hujan renyai mula turun.. igauan yang kami jangka akhirnya berlaku.. oh tidak..!

SEMASA DI CP5 SUNGAI TIGA SEGI

Oleh kerana hujan renyai.. kami mengambil keputusan untuk teruskan pendakian kami sehingga seberapa tinggi yang boleh.. setibanya kami pada paras 700m dari paras laut. hujan turun dengan lebat.. perjalanan kami terhenti.. oleh kerana hujan yang amat lebat kami mengambil keputusan untuk turun kembali.. sbb2 nyer adalah laluan trek yang kami akan lalui nanti adalah kawasan air turun.. jika hujan lebat trek ini bagaikan waterfall kecil disetiap laluan mendaki.. oleh kerana mengelakkan kemalangan berlaku kami mengambil alternatif lain.

SALAH SEORANG GENG BARU KAMI.. KETINGGIAN 700M (KEADAAN GELAP)

Walaupun tidak sampai kepuncak oleh kerana sebab2 tertentu kami tetap berpuas hati dengan hati terbuka.. keadaan hujan yang lebat lagi mencabar tenaga kami semasa menuruni untuk kebawah. keadaan kami semua basah kuyup.. nak wat camne kan dah hujan lebat.. hehe..

setelah berjalan dalam keadaan hujan yang tidak menentu kami tiba disatu kawasan yang memang best..

REHAT2 SAMBIL BERMAIN NGAN IKAN YANG JINAK

setelah puas bermain dengan ikan. kami terus meneruskan perjalanan kami.. disini antara gambar laluan yang kami lalui..

Jalan punya jalan kami tiba di satu tempat yang membuat kami merasa kepenatan yang kami lalui semasa dalam perjalanan turun tadi hilang.. nak tahu kenapa lihat gambar2 nie..

KEADAAN HUJAN + SEJUK

TERBAIK..!

kami bukan setakat berehat sahaja.. tetapi tanpa berlengah2 lagi ….. MANDI2.. oleh kerana gambar2 yang ada xberapa sesuai untuk disiarkan.. jadi harap maaf ok..! setelah puas mandi manda kami teruskan perjalanan kami sehingga ke tapak khemah.. tiada gambar2 untuk ditontonkan kerana semua kepenatan.. hehe ..

nantikan cerita seterusnya..!

cerita bersambung kembali.. haha..! 🙂

setelah selesai berehat acara seterusnya adalah masak memasak. kali nie shif chef yang lain pulak menunjukkan kehebatan memasak yang terpendam lama.. tanpa diduga kami sekali lagi diuji dengan hujan turun dengan lebat.. segala peralatan dan makanan terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lain.. dugaan2..!

MUKA2 KEPENATAN DAN KELAPARAN

SEJUK + LAPAR + PENAT = ?

pada malamnya tiada ape aktiviti yang dibuat melainkan bersembang2 pengalaman semasa mendaki pada pagi tadi.. macam2 cerita dan perangai yang melucukan sampai ada yang terkentut2 menahan ketawa..hahahah…!

end of day 2

 

backpackers round 2 (part 1)

Posted in klik-klik travel & outdoor on November 15, 2010 by huhu2

GUNUNG LEDANG (22-24/10/2010)

akhirnya berjaya juga aku ngan geng backpacker mengaharungi semua dugaan selama 3 hari kami bersama2 travel ke gunung ledang.. bermacam2 kerenah dan dugaan kami tempuhi tapi ia bukanlah penghalang kami untuk teruskan perjalanan kami…

line up:-
Razik- Mr Presiden
Arell- NiceGuy@Otaimer
Piee- Long Taiko
Rafi- Mat Bond
Razlee- LostPilot
Rashid- Omang@Bdang
Ijad-Imam
Ishak- MrCouple

2hari sebelum bertolak kami telah berkumpul untuk pembahagian barang yang perlu dibawa oleh kami semua. perjumpaan dibuat di bilik gerakan kami.. hehe.. walapun ianya bukanlah bilik yang besar tp disitulah bermulanya group backpacker JPPH.

BAHAN2 YANG AKAN DIAGIHKAN KEPADA SETIAP INDIVIDU

22/10/2010

perjumpaan pertama kami adalah di JB CENTRAL.. dimana semua backpacker diwajib berada disana untuk bersama2 menaiki bas yang telah kami tetapkan.. muka2 teruja yang baru 1st time join group aku amat ketara.. sbb nie la 1st diorang travel berkonsepkan backpackers.. kami juga sempat bersuai kenal dengan geng baru  join dengan group backpacker kami.. welcome BRO..! 🙂

KEGEMBIRAAN TERPANCAR..! KEPADA YANG TIADA GAMBAR DALAM PIC NIE MINTAK MAAF YEK..!

Perjalanan kami adalah melalui Johor Bahru-Segamat-Tangkak-Muar-Batu Pahat- Johor Bahru. setelah kesemua kami sampai akhirnya perjalan kami bermula dengan penuh harapan.. walaupun bimbang keadaan akan kami disana akan dituruni hujan yang lebat..

tempat pertama kami semua tiba adalah di Segamat.. setibanya disana kami semua tidak beragak2 untuk mencari kedai makan kerana kelaparan.. hehe..! perjalanan kami dari JB- SEGAMAT mengambil masa selama 3jam.setelah menjamu selera kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki bas tambang untuk ke TANGKAK.. apa yang menjadi igauan kami selama perjalan menjadi kenyataan apabila tiba di pintu GATE B untuk memasuki ke Taman Negara Ledang hujan turun dengan lebat.. keadaan menjadi kelam kabut seketika kerana tiada tmpat untuk berteduh semasa kami tiba disitu..

GATE B TAMAN NEGARA LEDANG

perjalan kami diteruskan dengan berjalan kaki selama 30minit untuk ke tempat pendaftaran TAMAN NEGARA LEDANG.. setelah penat berjalan kaki (non stop) ke pos pendaftaran akhirnya kami tiba juga dengan keadaan basah kerana hujan lebat tanpa henti pada hari itu.. setelah membuat pendaftaran kami terus ke kem site yang telah ditetapkan oleh pihak taman negara ledang..

TIBA DIPINTU DEPAN TAMAN NEGARA LEDANG (KEADAAN MASIH HUJAN)

SEMASA SAMPAI DI TAPAK KHEMAH UNTUK PEMBAHAGIAN KAWASAN

Setelah kesemua khemah dipasang, kami terus bekerjasama untuk menyediakan makanan untuk santapan malam nie.. yang special malam nie kami akan memasak BBQ.. huhu..! xsabar rasanya nak makan.. hehe..

SEMASA MENYEDIAKAN MAKAN MALAM

KERJASAMA MENYEDIAKAN MAKAN MALAM

SETUP BBQ

HUHU..! BESTNYER..! XSABAR RASANYA

MAIN API LA PLAK BUDAK2 NIE..! HEHE

setelah selesai makan kami semua berkumpul untuk perbincangan terakhir untuk mendaki GUNUNG LEDANG pada esok pagi…. keadaan cuaca pada mlm itu sejuk bercampur denga hujan renyai2.. selepas berbincang tentang pendakian kami semua membuat keputusan untuk tido..hehe ..!

end of day 1

backpackers

Posted in klik-klik travel & outdoor on Oktober 20, 2010 by huhu2

backpacker round 2

GUNUNG LEDANG (22-24/10/2010)

entry kali nie aku bersama skuad baru dalam geng aku untuk bersama2 menguji ketahanan mental dan fizikal tuk menawan gunung ledang.. walaupun aku dapat tau yang sekarang nie xleh mendaki sampai kepuncak, tapi itu bukan penghalang bagi aku ngan geng aku sampai ke gunung ledang.. sedih pun ada gak nie.. perjalanan harus dteruskan sbb dah dirancang dari awal..  dapat duduk dalam hutan pun dah memadai bagi  kawan2 baru aku yang baru nak mencuba .. diikutkan kalau kali nie aku dapat menawan puncak , sudah 5 kali rasenya aku conquer gunung ledang.. aku pun tak tau nape aku suka daki gunung nie.. haha..! trip kali nie pun sbb member2 aku sibuk suruh wat sbb nak merasa duduk dalam hutan.. janji diorang happy aku pun happy..!

xsabar lak rase nak pegi ..! perjalanan kiteorang nie berkonsep BACKPACKERS.. harap2 misi kali nie berjalan dengan lancar..  tggu kisah seterusnya ok..!