Archive for the klik-klik travel & outdoor Category

JB BACKPACKERS

Posted in klik-klik travel & outdoor on Ogos 27, 2012 by huhu2

Huhu..! nie mengenai group yang selalu aku join. Group nie ditubuhkan klau xsilap aku tahun 2008. selepas 4 tahun dengan group ini bermacam-macam tempat aku dah pegi ngan diorang nie.. Semua ahli nie, majoriti dari johor.. tp jika berminat nak join aktiviti yang mereka buat, boleh sertai mereka. tiada paksaan. follow je klau ada trip yang mereka buat.. 🙂

group : JB BACKPACKERS

ini antara trip yang pernah dibuat oleh group ini..
http://www.facebook.com/pages/JB-Backpackers/167406783290596?sk=info

jika berminat sertai diorang nie boleh like kat FACEBOOK group diorang nie..

http://www.facebook.com/pages/JB-Backpackers/167406783290596

 

Advertisements

backpackers round 2 (part 3)

Posted in klik-klik travel & outdoor on Disember 10, 2010 by huhu2

last day

pada pagi nie kerja2 mengemas untuk balik giat dilakukan.. sarapan seperti biasa masih ada yang membantu untuk persediaan makanan.. semua berjalan dengan lancar..

Persiapan breakfast..!

walaupun pagi itu amat cerah, tp hujan turun dengan renyai2 berganti dengan lebat.. perjalan pada mulanya untuk balik pukul 9.00 pagi tergendala sehingga pukul 11.00pagi.. bila hujan dah reda tanpa berlengah2 kami semua mengemas peralatan dan juga barang2 yang belum sempat dikemas.. setelah selesai kami bertolak untuk membuat pendaftaran keluar dari Taman Negara Ledang.

final

untuk balik ke pitu gate B kami mengambil keputusan untuk menaiki kereta tumpang dengan kadar bayaran rm3 satu kepala.. jika tidak kami akan berjalan selama 30-45 berjalan kaki ke gate B seperti kami lakukan pada trip yang awal dahulu (part 1).

suasana dalam kerata.. masih ceria..!

tibanya kami dipintu gate B. keadaan menjadi menarik kerana kami terpaksa menunggu bas tambang yang akan akan kami lalu untuk turun di MUAR. dalam masa 20 minit barulah bas yang kami tunggu2 muncul.. nasib baik xlama sangat.. hehe..!

baru sampai tepi jalan depan gate B

5 minit pertama

10 minit kemudian...

akhirnya minit ke 20.. bas yang ditunggu tiba..

setelah menunggu bas selama 20minit perjalan kami diteruskan di perhentian seterusnya iaitu MUAR.. ! apabila tiba dimuar tanpa diduga bas untuk balik ke JOHOR telah habis dijual.. jika ada pun untuk 2-3 orang sahaja.. adus.. dugaan melanda kami lagi.. setelah berbincang kami ambil keputusan untuk menaiki bas tambang pergi ke BATU PAHAT.

laypark kat jambatan MUAR..! ada brani..! hehe

aksi2 sementara menuggu bas

setelah mendapat bas yang ditunggu kami meneruskan perjalanan kami menuju ke batu pahat.. ada diantara kami mengambil kesempatan untuk tidur sementara.. ada juga yang berborak2.. perjalan kami mengambil masa dalam 1jam untuk ke BATU PAHAT.. pada jam 4.30ptg kami tiba di destinasi seterusnya tanpa berlengah2 trus membeli tiket untuk balik ke JOHOR.. alhamdulillah masih ada lagi tiket untuk kami seramai 8orang untuk ke johor.. tp kami terpaksa menunggu lagi 1jam lagi kerana bas seterusnya akan bertolak pada pukul 5.30ptg..

menunggu saat bas tiba

setelah menunggu dengan penuh kesabaran bas tiba tepat jam 5.30pm. perjalanan ke jb pun bermula.. kami semua mengambil pluang untuk tido sementara sampai kedestinasi.. apabila hampir tiba di tol plus skudai tanpa kami duga bas yang kami naiki mengalami kerosakan gear.. hampir setengah jam kami terkandas di tol skudai.. perasaan kecewa amat jelas kepada sesetengah penumpang yang menaiki bas yang sama kami naiki..

kami terkandas di tol skudai

akhirnya kami mengambil keputusan untuk menumpang bas yang perjalanannya menuju ke JB.. nasib baik ada bas yang prihatin kepada kami..hehe..! akhirnya kami selamat tiba di JB dengan selamat.! hureyyy..! misi complete..!

tiba di stesen bas larkin..!

backpackers round 2 (part 2)

Posted in klik-klik travel & outdoor on November 21, 2010 by huhu2

2nd day

Dengan semangat dan azam yang kuat kami semua bangun awal pagi.. masing-masing membuat persediaan sarapan pagi dan ade juga membuat check list barang untuk dibawa bersama semasa mendaki.. sbb di TAMAN NEGARA LEDANG ini pendaki harus membuat check list peralatan yang dibawa..

SARAPAN PAGI KAMI

CHEF YANG BERTUGAS.. HUHU..! TERBAIK

Perjalan kami bermula pada jam 8.30pagi. sebelum mendaki kami telah diberi taklimat serba sedikit mengenai laluan yang akan kami tempuhi. seperti biasa jika mendaki disini anda akan diberi taklimat pendakian dan laluan trek.

LALUAN TREK MENDAKI YANG KAMI

Terdapat 8 checkpoint yang akan dilalui bila mendaki melaui Taman Negara Ledang.. setelah selesai taklimat kami memulakan pendaki kami dengan bacaan doa.. hehe.. cam biasa la minta selamat pergi dan pulang.. amin.

perjalan diteruskan dengan melalui TANGGA MAHLIGAI disini trek yang digunakan adalah laluan tangga.. sebelum sampai dihujung tangga salah seorang daripada geng baru backpacker telah mengalami sakit belakang. biasala orang baru 1st time naik gunung.. dengan azam yang teguh perjalan diteruskan juga.. walupun pada mulanya ingin berpatah balik..

INSAN YANG DIMAKSUDKAN.. HEHE

CP pertama adalah BUKIT SEMPUT. setelah mendaki beberapa minit kami tiba di CP1 ini. bukit ini amat mencabar bagi kami kerana memerlukan tenaga yang kuat diawal pendakian.. ada juga yang mengeluh tp ape leh buat kan, lambat kene tinggal.. haha..

CP1 BUKIT SEMPUT.. MASING2 LETIH

Setelah berehat beberapa minit kami meneruskan perjalanan kami sehingga kami tiba ke CP3. CP3 ini diberi nama BATU ORKID. pada masa ini keadaan cuaca amat baik.

CP3 BATU ORKID

Setelah mendapat tenaga dan rehat yang secukupnya kami teruskan pendakian kami ke CP5. semasa kami tiba disini hujan renyai mula turun.. igauan yang kami jangka akhirnya berlaku.. oh tidak..!

SEMASA DI CP5 SUNGAI TIGA SEGI

Oleh kerana hujan renyai.. kami mengambil keputusan untuk teruskan pendakian kami sehingga seberapa tinggi yang boleh.. setibanya kami pada paras 700m dari paras laut. hujan turun dengan lebat.. perjalanan kami terhenti.. oleh kerana hujan yang amat lebat kami mengambil keputusan untuk turun kembali.. sbb2 nyer adalah laluan trek yang kami akan lalui nanti adalah kawasan air turun.. jika hujan lebat trek ini bagaikan waterfall kecil disetiap laluan mendaki.. oleh kerana mengelakkan kemalangan berlaku kami mengambil alternatif lain.

SALAH SEORANG GENG BARU KAMI.. KETINGGIAN 700M (KEADAAN GELAP)

Walaupun tidak sampai kepuncak oleh kerana sebab2 tertentu kami tetap berpuas hati dengan hati terbuka.. keadaan hujan yang lebat lagi mencabar tenaga kami semasa menuruni untuk kebawah. keadaan kami semua basah kuyup.. nak wat camne kan dah hujan lebat.. hehe..

setelah berjalan dalam keadaan hujan yang tidak menentu kami tiba disatu kawasan yang memang best..

REHAT2 SAMBIL BERMAIN NGAN IKAN YANG JINAK

setelah puas bermain dengan ikan. kami terus meneruskan perjalanan kami.. disini antara gambar laluan yang kami lalui..

Jalan punya jalan kami tiba di satu tempat yang membuat kami merasa kepenatan yang kami lalui semasa dalam perjalanan turun tadi hilang.. nak tahu kenapa lihat gambar2 nie..

KEADAAN HUJAN + SEJUK

TERBAIK..!

kami bukan setakat berehat sahaja.. tetapi tanpa berlengah2 lagi ….. MANDI2.. oleh kerana gambar2 yang ada xberapa sesuai untuk disiarkan.. jadi harap maaf ok..! setelah puas mandi manda kami teruskan perjalanan kami sehingga ke tapak khemah.. tiada gambar2 untuk ditontonkan kerana semua kepenatan.. hehe ..

nantikan cerita seterusnya..!

cerita bersambung kembali.. haha..! 🙂

setelah selesai berehat acara seterusnya adalah masak memasak. kali nie shif chef yang lain pulak menunjukkan kehebatan memasak yang terpendam lama.. tanpa diduga kami sekali lagi diuji dengan hujan turun dengan lebat.. segala peralatan dan makanan terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lain.. dugaan2..!

MUKA2 KEPENATAN DAN KELAPARAN

SEJUK + LAPAR + PENAT = ?

pada malamnya tiada ape aktiviti yang dibuat melainkan bersembang2 pengalaman semasa mendaki pada pagi tadi.. macam2 cerita dan perangai yang melucukan sampai ada yang terkentut2 menahan ketawa..hahahah…!

end of day 2

 

backpackers round 2 (part 1)

Posted in klik-klik travel & outdoor on November 15, 2010 by huhu2

GUNUNG LEDANG (22-24/10/2010)

akhirnya berjaya juga aku ngan geng backpacker mengaharungi semua dugaan selama 3 hari kami bersama2 travel ke gunung ledang.. bermacam2 kerenah dan dugaan kami tempuhi tapi ia bukanlah penghalang kami untuk teruskan perjalanan kami…

line up:-
Razik- Mr Presiden
Arell- NiceGuy@Otaimer
Piee- Long Taiko
Rafi- Mat Bond
Razlee- LostPilot
Rashid- Omang@Bdang
Ijad-Imam
Ishak- MrCouple

2hari sebelum bertolak kami telah berkumpul untuk pembahagian barang yang perlu dibawa oleh kami semua. perjumpaan dibuat di bilik gerakan kami.. hehe.. walapun ianya bukanlah bilik yang besar tp disitulah bermulanya group backpacker JPPH.

BAHAN2 YANG AKAN DIAGIHKAN KEPADA SETIAP INDIVIDU

22/10/2010

perjumpaan pertama kami adalah di JB CENTRAL.. dimana semua backpacker diwajib berada disana untuk bersama2 menaiki bas yang telah kami tetapkan.. muka2 teruja yang baru 1st time join group aku amat ketara.. sbb nie la 1st diorang travel berkonsepkan backpackers.. kami juga sempat bersuai kenal dengan geng baru  join dengan group backpacker kami.. welcome BRO..! 🙂

KEGEMBIRAAN TERPANCAR..! KEPADA YANG TIADA GAMBAR DALAM PIC NIE MINTAK MAAF YEK..!

Perjalanan kami adalah melalui Johor Bahru-Segamat-Tangkak-Muar-Batu Pahat- Johor Bahru. setelah kesemua kami sampai akhirnya perjalan kami bermula dengan penuh harapan.. walaupun bimbang keadaan akan kami disana akan dituruni hujan yang lebat..

tempat pertama kami semua tiba adalah di Segamat.. setibanya disana kami semua tidak beragak2 untuk mencari kedai makan kerana kelaparan.. hehe..! perjalanan kami dari JB- SEGAMAT mengambil masa selama 3jam.setelah menjamu selera kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki bas tambang untuk ke TANGKAK.. apa yang menjadi igauan kami selama perjalan menjadi kenyataan apabila tiba di pintu GATE B untuk memasuki ke Taman Negara Ledang hujan turun dengan lebat.. keadaan menjadi kelam kabut seketika kerana tiada tmpat untuk berteduh semasa kami tiba disitu..

GATE B TAMAN NEGARA LEDANG

perjalan kami diteruskan dengan berjalan kaki selama 30minit untuk ke tempat pendaftaran TAMAN NEGARA LEDANG.. setelah penat berjalan kaki (non stop) ke pos pendaftaran akhirnya kami tiba juga dengan keadaan basah kerana hujan lebat tanpa henti pada hari itu.. setelah membuat pendaftaran kami terus ke kem site yang telah ditetapkan oleh pihak taman negara ledang..

TIBA DIPINTU DEPAN TAMAN NEGARA LEDANG (KEADAAN MASIH HUJAN)

SEMASA SAMPAI DI TAPAK KHEMAH UNTUK PEMBAHAGIAN KAWASAN

Setelah kesemua khemah dipasang, kami terus bekerjasama untuk menyediakan makanan untuk santapan malam nie.. yang special malam nie kami akan memasak BBQ.. huhu..! xsabar rasanya nak makan.. hehe..

SEMASA MENYEDIAKAN MAKAN MALAM

KERJASAMA MENYEDIAKAN MAKAN MALAM

SETUP BBQ

HUHU..! BESTNYER..! XSABAR RASANYA

MAIN API LA PLAK BUDAK2 NIE..! HEHE

setelah selesai makan kami semua berkumpul untuk perbincangan terakhir untuk mendaki GUNUNG LEDANG pada esok pagi…. keadaan cuaca pada mlm itu sejuk bercampur denga hujan renyai2.. selepas berbincang tentang pendakian kami semua membuat keputusan untuk tido..hehe ..!

end of day 1

backpackers

Posted in klik-klik travel & outdoor on Oktober 20, 2010 by huhu2

backpacker round 2

GUNUNG LEDANG (22-24/10/2010)

entry kali nie aku bersama skuad baru dalam geng aku untuk bersama2 menguji ketahanan mental dan fizikal tuk menawan gunung ledang.. walaupun aku dapat tau yang sekarang nie xleh mendaki sampai kepuncak, tapi itu bukan penghalang bagi aku ngan geng aku sampai ke gunung ledang.. sedih pun ada gak nie.. perjalanan harus dteruskan sbb dah dirancang dari awal..  dapat duduk dalam hutan pun dah memadai bagi  kawan2 baru aku yang baru nak mencuba .. diikutkan kalau kali nie aku dapat menawan puncak , sudah 5 kali rasenya aku conquer gunung ledang.. aku pun tak tau nape aku suka daki gunung nie.. haha..! trip kali nie pun sbb member2 aku sibuk suruh wat sbb nak merasa duduk dalam hutan.. janji diorang happy aku pun happy..!

xsabar lak rase nak pegi ..! perjalanan kiteorang nie berkonsep BACKPACKERS.. harap2 misi kali nie berjalan dengan lancar..  tggu kisah seterusnya ok..!

holiday

Posted in klik-klik travel & outdoor on Julai 6, 2010 by huhu2

jb-frase hill-bukit tinggi-genting-kl-jb

huhu..! kali nie trip holiday bersama2 kawan berjalan dengan lancar.. walaupun ade gak jalan2 yang sesat.. tetapi tu semua pengalaman yang tak boleh dilupakan.. hehehe.. thanks juga kepada kawan2 yang turut holiday bersama.. tanpa anda semua trip ini belum tentu terhasil..

bukit tinggi..!

bukit tinggi di waktu malam..! sejuk

fraser hill..!

fraser hill map

punye la payah nak sampai ke sini.. bnyak betul selekoh2 leh pening dibuatnyer. kepada sesiapa yang suka cabaran memandu bolehlah cuba untuk ke fraser hill nie.pastikan brek anda dalam keadaan baik..! (percutian + cabaran memandu). kepada kawan aku yang mabuk tu harap leh wat persediaan awal jika nak ke fraser hill nie.. hehe..! 🙂

genting highland.. saje2 jek berhenti kat cni

relaks je..!

muzium negara..!

aquaria klcc...!

NTAHAPENTAH..!

me & JOHO...!

antara tempat yang kiteorang pergi :-

1.Fraser Hill –  ( tempat yang menarik jika ingin mencari ketenangan )

2.Bukit Tinggi – ( tempat yang sesuai untuk pasangan berbulan madu )

3.Genting Highland –  all park( indoor & outdoor) – happening...!

4.Aquaria klcc – ( banyak info tentang kehidupan dalam laut ) bagus nie..!

5.Muzium Negara – ( banyak info tentang negara dan bermacam2 jenis sejarah )

nie pic antara yang sempat diupload..! yang selebih nyer boleh datang jmpe aku klau nak tngok..! heheh


travel

Posted in klik-klik travel & outdoor on Jun 12, 2010 by huhu2

JB-KEDAH-PERLIS-CAMERON HIGHLAND-GENTING HIGHLAND-BUKIT TINGGI-KL-JB

HUHU…! time nie masa kite orang berpakat tuk pusing satu malaysia.. terbahagi kepada 2 group.. satu terus ke klantan dan group satu lae ke perlis.. perjalanan aku trus ke perlis…semua perjalan yang kami tempuhi berjaya ditempuh walaupun terbahagi kepada 2 group.. pertemuan pertama kiteorang berjumpa di kuala kangsar.. klau xsilap time tu kul 3pagi.. oleh kerana dah lewat kami semua berpakat tuk mencari tmpat berehat.. trus ke ipoh tuk cari hotel..  esok pagi barulah kedua2 bertukar2 cerita pengalaman masing2.. dan disitu barulah kiteorang konvoi bersama2 ke cameron highland dan tempat yang aku dah tulis diatas.. klau nak cerita panjang sangat.. senang cite aku bagi tngok pic2 yang smpat aku upload…

masa kat kuala kangsar.. cian tggu aku yang lewat skit sbb aku dari penang

aku masa kat kuala kangsar.. penat nyer..!

masa kiteorang kat cameron highland

lepak2 kat bukit tinggi..!

kat sunway lagoon..

padan muka kene tumbuk laju2..!

i like dis pic..! kat aquaria klcc

alamak..! dah xingat kat ne ni? 😛

penat la plak nak upload2 gambar nie.. jadik nie jelah yang leh tngok.. klau diikutkan bnyak lagi nie.. heheh..!