5 JENIS AKTIVITI MOUNTAIN BIKE

1. Cross country (XC)

Di bina untuk kesukaran ringan dan sederhana. Reka bentuk yang efisien dan optima untuk mengayuh dan melalui di jalan tar hingga ke jalan tanah atau pun off road. Basikal jenis ini lebih lincah dan sesuai untuk semua jenis jalan samada mendaki, menurun ataupun melalui jalan berlumpur. Namun, basikal jenis ini tidak direka untuk tugas berat seperti downhill kerana sifatnya yang ringan dan bukan untuk tugas berat. Basikal ini biasanya digunakan untuk merentas desa dan mengembara.

2. Enduro/All mountain (AM)

Basikal jenis ini dibina untuk tugas yang sedikit berat berbanding XC kerana digunakan untuk mendaki bukit, menuruni cerun, memasuki hutan dengan jalan berbatu dan menjelajah jalan off road dalam jarak yang jauh. Hampir keseluruhan basikal ini adalah full-suspension. Karektor basikal ini hampir menyerupai basikal XC cuma kerangkanya lebih kuat dan berat berbanding XC. Biasanya kerangka basikal ini lebih besar sedikit. Ini kerana basikal ini biasanya digunakan untuk aktiviti yang lebih extreme.

3. Freeride (FR)

Basikal jenis ini dibentuk untuk tahan kepada drop off(lompatan) tinggi dan extreme atau pergerakan seumpamanya. Badannya kuat namun tidak secepat dan selincah all mountain karena kerangka yang lebih berat. Tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Jolokkan freeride ini kerana ianya dimainkan mengikut track yang telah disiapkan dan penunggang akan melakukan pelbagai teknik di track yang telah ditetapkan. Kedudukan tempat duduk biasanya lebih rendah. Berat basikal jenis ini lebih berat dari jenis AM dan XC.

4. Downhill (DH)

Basikal jenis ini dibina untuk menampung kelajuan tinggi dan keadaan jalan yang extreme. Ianya hanya digunakan untuk menuruni bukit sahaja dan kerana itu lebih berat lebih sesuai. Ianya dicipta untuk menampung tekanan tinggi ketika melalui atau menuruni bukit. Keseluruhan basikal jenis ini jenis full-suspension dan absover depan dan belakangnya menggunakan jenis yang tahan kepada hentakan yang kuat. Biasanya para downhiller tidak mengayuh basikal dan basikal ini tidak sesuai untuk aktiviti lain. Basikal ini perlu kesetabilan yang tinggi kerana kelajuannya ketika menuruni bukit. Aktiviti ini biasanya menpunyai tracknya sendiri yang di bina untuk aktiviti downhill. Suspension depan dan belakang biasanya mempunyai jarak travel yang banyak antara 150mm hingga 200mm.

Disebabkan pergerakan yang extreme penunggangnya biasanya akan mengenakan peralatan keselamatan seperti helmetfull-face, pelindung siku, pelindung lutut dan sebagainya untuk mengelakkan atau mengurangkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

5. Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ)

Nama lainnya adalah urban MTB. Penggemar jenis ini awalnya adalah anak muda bandar yang menggunakan basikal gunung selain sebagai alat pengangkutan di sekitar jalanan kota, ianya juga digunakan untuk melakukan aksi lompatan dan extreme. Fungsinya seperti BMX namun dengan bentuk yang diperbesar. Biasanyanya basikal DJ memiliki frame yang hampir sama dengan jenis BMX (singkatan dari B=Bicycle M=Moto X=Cross), tetapi memiliki diameter yang lebih besar antara 30% – 40%. Jenis basikal DJ ini digunakan untuk dapat menempuh segala kontur yang terdapat di sekitar bandar seperti pembahagi, tangga, tembok dan sebagainya. Walaubagaimana pun sekarang telah banyak litar dibina untuk aktiviti ini.

Mempunyai tempat duduk yang sangat rendah dan jarang digunakan. Tidak mempunyai gear yang banyak dan digunakan untuk melakukan aksi sahaja.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: