backpackers round 2 (part 1)

GUNUNG LEDANG (22-24/10/2010)

akhirnya berjaya juga aku ngan geng backpacker mengaharungi semua dugaan selama 3 hari kami bersama2 travel ke gunung ledang.. bermacam2 kerenah dan dugaan kami tempuhi tapi ia bukanlah penghalang kami untuk teruskan perjalanan kami…

line up:-
Razik- Mr Presiden
Arell- NiceGuy@Otaimer
Piee- Long Taiko
Rafi- Mat Bond
Razlee- LostPilot
Rashid- Omang@Bdang
Ijad-Imam
Ishak- MrCouple

2hari sebelum bertolak kami telah berkumpul untuk pembahagian barang yang perlu dibawa oleh kami semua. perjumpaan dibuat di bilik gerakan kami.. hehe.. walapun ianya bukanlah bilik yang besar tp disitulah bermulanya group backpacker JPPH.

BAHAN2 YANG AKAN DIAGIHKAN KEPADA SETIAP INDIVIDU

22/10/2010

perjumpaan pertama kami adalah di JB CENTRAL.. dimana semua backpacker diwajib berada disana untuk bersama2 menaiki bas yang telah kami tetapkan.. muka2 teruja yang baru 1st time join group aku amat ketara.. sbb nie la 1st diorang travel berkonsepkan backpackers.. kami juga sempat bersuai kenal dengan geng baru  join dengan group backpacker kami.. welcome BRO..!🙂

KEGEMBIRAAN TERPANCAR..! KEPADA YANG TIADA GAMBAR DALAM PIC NIE MINTAK MAAF YEK..!

Perjalanan kami adalah melalui Johor Bahru-Segamat-Tangkak-Muar-Batu Pahat- Johor Bahru. setelah kesemua kami sampai akhirnya perjalan kami bermula dengan penuh harapan.. walaupun bimbang keadaan akan kami disana akan dituruni hujan yang lebat..

tempat pertama kami semua tiba adalah di Segamat.. setibanya disana kami semua tidak beragak2 untuk mencari kedai makan kerana kelaparan.. hehe..! perjalanan kami dari JB- SEGAMAT mengambil masa selama 3jam.setelah menjamu selera kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki bas tambang untuk ke TANGKAK.. apa yang menjadi igauan kami selama perjalan menjadi kenyataan apabila tiba di pintu GATE B untuk memasuki ke Taman Negara Ledang hujan turun dengan lebat.. keadaan menjadi kelam kabut seketika kerana tiada tmpat untuk berteduh semasa kami tiba disitu..

GATE B TAMAN NEGARA LEDANG

perjalan kami diteruskan dengan berjalan kaki selama 30minit untuk ke tempat pendaftaran TAMAN NEGARA LEDANG.. setelah penat berjalan kaki (non stop) ke pos pendaftaran akhirnya kami tiba juga dengan keadaan basah kerana hujan lebat tanpa henti pada hari itu.. setelah membuat pendaftaran kami terus ke kem site yang telah ditetapkan oleh pihak taman negara ledang..

TIBA DIPINTU DEPAN TAMAN NEGARA LEDANG (KEADAAN MASIH HUJAN)

SEMASA SAMPAI DI TAPAK KHEMAH UNTUK PEMBAHAGIAN KAWASAN

Setelah kesemua khemah dipasang, kami terus bekerjasama untuk menyediakan makanan untuk santapan malam nie.. yang special malam nie kami akan memasak BBQ.. huhu..! xsabar rasanya nak makan.. hehe..

SEMASA MENYEDIAKAN MAKAN MALAM

KERJASAMA MENYEDIAKAN MAKAN MALAM

SETUP BBQ

HUHU..! BESTNYER..! XSABAR RASANYA

MAIN API LA PLAK BUDAK2 NIE..! HEHE

setelah selesai makan kami semua berkumpul untuk perbincangan terakhir untuk mendaki GUNUNG LEDANG pada esok pagi…. keadaan cuaca pada mlm itu sejuk bercampur denga hujan renyai2.. selepas berbincang tentang pendakian kami semua membuat keputusan untuk tido..hehe ..!

end of day 1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: