Arkib untuk November, 2010

backpackers round 2 (part 2)

Posted in klik-klik travel & outdoor on November 21, 2010 by huhu2

2nd day

Dengan semangat dan azam yang kuat kami semua bangun awal pagi.. masing-masing membuat persediaan sarapan pagi dan ade juga membuat check list barang untuk dibawa bersama semasa mendaki.. sbb di TAMAN NEGARA LEDANG ini pendaki harus membuat check list peralatan yang dibawa..

SARAPAN PAGI KAMI

CHEF YANG BERTUGAS.. HUHU..! TERBAIK

Perjalan kami bermula pada jam 8.30pagi. sebelum mendaki kami telah diberi taklimat serba sedikit mengenai laluan yang akan kami tempuhi. seperti biasa jika mendaki disini anda akan diberi taklimat pendakian dan laluan trek.

LALUAN TREK MENDAKI YANG KAMI

Terdapat 8 checkpoint yang akan dilalui bila mendaki melaui Taman Negara Ledang.. setelah selesai taklimat kami memulakan pendaki kami dengan bacaan doa.. hehe.. cam biasa la minta selamat pergi dan pulang.. amin.

perjalan diteruskan dengan melalui TANGGA MAHLIGAI disini trek yang digunakan adalah laluan tangga.. sebelum sampai dihujung tangga salah seorang daripada geng baru backpacker telah mengalami sakit belakang. biasala orang baru 1st time naik gunung.. dengan azam yang teguh perjalan diteruskan juga.. walupun pada mulanya ingin berpatah balik..

INSAN YANG DIMAKSUDKAN.. HEHE

CP pertama adalah BUKIT SEMPUT. setelah mendaki beberapa minit kami tiba di CP1 ini. bukit ini amat mencabar bagi kami kerana memerlukan tenaga yang kuat diawal pendakian.. ada juga yang mengeluh tp ape leh buat kan, lambat kene tinggal.. haha..

CP1 BUKIT SEMPUT.. MASING2 LETIH

Setelah berehat beberapa minit kami meneruskan perjalanan kami sehingga kami tiba ke CP3. CP3 ini diberi nama BATU ORKID. pada masa ini keadaan cuaca amat baik.

CP3 BATU ORKID

Setelah mendapat tenaga dan rehat yang secukupnya kami teruskan pendakian kami ke CP5. semasa kami tiba disini hujan renyai mula turun.. igauan yang kami jangka akhirnya berlaku.. oh tidak..!

SEMASA DI CP5 SUNGAI TIGA SEGI

Oleh kerana hujan renyai.. kami mengambil keputusan untuk teruskan pendakian kami sehingga seberapa tinggi yang boleh.. setibanya kami pada paras 700m dari paras laut. hujan turun dengan lebat.. perjalanan kami terhenti.. oleh kerana hujan yang amat lebat kami mengambil keputusan untuk turun kembali.. sbb2 nyer adalah laluan trek yang kami akan lalui nanti adalah kawasan air turun.. jika hujan lebat trek ini bagaikan waterfall kecil disetiap laluan mendaki.. oleh kerana mengelakkan kemalangan berlaku kami mengambil alternatif lain.

SALAH SEORANG GENG BARU KAMI.. KETINGGIAN 700M (KEADAAN GELAP)

Walaupun tidak sampai kepuncak oleh kerana sebab2 tertentu kami tetap berpuas hati dengan hati terbuka.. keadaan hujan yang lebat lagi mencabar tenaga kami semasa menuruni untuk kebawah. keadaan kami semua basah kuyup.. nak wat camne kan dah hujan lebat.. hehe..

setelah berjalan dalam keadaan hujan yang tidak menentu kami tiba disatu kawasan yang memang best..

REHAT2 SAMBIL BERMAIN NGAN IKAN YANG JINAK

setelah puas bermain dengan ikan. kami terus meneruskan perjalanan kami.. disini antara gambar laluan yang kami lalui..

Jalan punya jalan kami tiba di satu tempat yang membuat kami merasa kepenatan yang kami lalui semasa dalam perjalanan turun tadi hilang.. nak tahu kenapa lihat gambar2 nie..

KEADAAN HUJAN + SEJUK

TERBAIK..!

kami bukan setakat berehat sahaja.. tetapi tanpa berlengah2 lagi ….. MANDI2.. oleh kerana gambar2 yang ada xberapa sesuai untuk disiarkan.. jadi harap maaf ok..! setelah puas mandi manda kami teruskan perjalanan kami sehingga ke tapak khemah.. tiada gambar2 untuk ditontonkan kerana semua kepenatan.. hehe ..

nantikan cerita seterusnya..!

cerita bersambung kembali.. haha..! 🙂

setelah selesai berehat acara seterusnya adalah masak memasak. kali nie shif chef yang lain pulak menunjukkan kehebatan memasak yang terpendam lama.. tanpa diduga kami sekali lagi diuji dengan hujan turun dengan lebat.. segala peralatan dan makanan terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lain.. dugaan2..!

MUKA2 KEPENATAN DAN KELAPARAN

SEJUK + LAPAR + PENAT = ?

pada malamnya tiada ape aktiviti yang dibuat melainkan bersembang2 pengalaman semasa mendaki pada pagi tadi.. macam2 cerita dan perangai yang melucukan sampai ada yang terkentut2 menahan ketawa..hahahah…!

end of day 2

 

backpackers round 2 (part 1)

Posted in klik-klik travel & outdoor on November 15, 2010 by huhu2

GUNUNG LEDANG (22-24/10/2010)

akhirnya berjaya juga aku ngan geng backpacker mengaharungi semua dugaan selama 3 hari kami bersama2 travel ke gunung ledang.. bermacam2 kerenah dan dugaan kami tempuhi tapi ia bukanlah penghalang kami untuk teruskan perjalanan kami…

line up:-
Razik- Mr Presiden
Arell- NiceGuy@Otaimer
Piee- Long Taiko
Rafi- Mat Bond
Razlee- LostPilot
Rashid- Omang@Bdang
Ijad-Imam
Ishak- MrCouple

2hari sebelum bertolak kami telah berkumpul untuk pembahagian barang yang perlu dibawa oleh kami semua. perjumpaan dibuat di bilik gerakan kami.. hehe.. walapun ianya bukanlah bilik yang besar tp disitulah bermulanya group backpacker JPPH.

BAHAN2 YANG AKAN DIAGIHKAN KEPADA SETIAP INDIVIDU

22/10/2010

perjumpaan pertama kami adalah di JB CENTRAL.. dimana semua backpacker diwajib berada disana untuk bersama2 menaiki bas yang telah kami tetapkan.. muka2 teruja yang baru 1st time join group aku amat ketara.. sbb nie la 1st diorang travel berkonsepkan backpackers.. kami juga sempat bersuai kenal dengan geng baru  join dengan group backpacker kami.. welcome BRO..! 🙂

KEGEMBIRAAN TERPANCAR..! KEPADA YANG TIADA GAMBAR DALAM PIC NIE MINTAK MAAF YEK..!

Perjalanan kami adalah melalui Johor Bahru-Segamat-Tangkak-Muar-Batu Pahat- Johor Bahru. setelah kesemua kami sampai akhirnya perjalan kami bermula dengan penuh harapan.. walaupun bimbang keadaan akan kami disana akan dituruni hujan yang lebat..

tempat pertama kami semua tiba adalah di Segamat.. setibanya disana kami semua tidak beragak2 untuk mencari kedai makan kerana kelaparan.. hehe..! perjalanan kami dari JB- SEGAMAT mengambil masa selama 3jam.setelah menjamu selera kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki bas tambang untuk ke TANGKAK.. apa yang menjadi igauan kami selama perjalan menjadi kenyataan apabila tiba di pintu GATE B untuk memasuki ke Taman Negara Ledang hujan turun dengan lebat.. keadaan menjadi kelam kabut seketika kerana tiada tmpat untuk berteduh semasa kami tiba disitu..

GATE B TAMAN NEGARA LEDANG

perjalan kami diteruskan dengan berjalan kaki selama 30minit untuk ke tempat pendaftaran TAMAN NEGARA LEDANG.. setelah penat berjalan kaki (non stop) ke pos pendaftaran akhirnya kami tiba juga dengan keadaan basah kerana hujan lebat tanpa henti pada hari itu.. setelah membuat pendaftaran kami terus ke kem site yang telah ditetapkan oleh pihak taman negara ledang..

TIBA DIPINTU DEPAN TAMAN NEGARA LEDANG (KEADAAN MASIH HUJAN)

SEMASA SAMPAI DI TAPAK KHEMAH UNTUK PEMBAHAGIAN KAWASAN

Setelah kesemua khemah dipasang, kami terus bekerjasama untuk menyediakan makanan untuk santapan malam nie.. yang special malam nie kami akan memasak BBQ.. huhu..! xsabar rasanya nak makan.. hehe..

SEMASA MENYEDIAKAN MAKAN MALAM

KERJASAMA MENYEDIAKAN MAKAN MALAM

SETUP BBQ

HUHU..! BESTNYER..! XSABAR RASANYA

MAIN API LA PLAK BUDAK2 NIE..! HEHE

setelah selesai makan kami semua berkumpul untuk perbincangan terakhir untuk mendaki GUNUNG LEDANG pada esok pagi…. keadaan cuaca pada mlm itu sejuk bercampur denga hujan renyai2.. selepas berbincang tentang pendakian kami semua membuat keputusan untuk tido..hehe ..!

end of day 1